Isnin, 13 Januari 2014

Cuti Winter bakal menjelang, nak pergi mana ek.

Tahun 2013 sudah melabuhkan tirai.
Kini tahun 2014 pula. Terasa 2013 berlalu sekejap sahaja. Tapi tahukah anda yang dunia sedang berputar lebih cepat beberapa milisaat menjelang pertengahan November lepas?

Sekarang aku sedang menghadapi imitihan pertengahan tahun. Selepas habis exam biokimia hari tu aku rasa tak bersemangat untuk teruskan ke Fisiologi pula. Harap diri ini tak mudah futur. Nabi Muhammad berjuang pun tak kenal erti lelah. Baginda teruskan perjuangan sehinggakan Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Insya-Allah, dengan agama Islam ialah agama paling berkembang di dunia setakat ini, kita doakan kebangkitan Islam akan semakin dekat. Ciri-ciri kebangkitan Islam seperti yang dinukilkan oleh Syeikh Yusuf Qardhrawi seperi kebangkitan pemuda antara elemen 'Sauratul Islamiah'. Insya-Allah.

Bercerita tentang Nabi Muhammad, Rasul terakhir buat ummat manusia, hari ini merupakan tarikh kelahiran baginda yang dianggap sebagai sinar timur dan barat. Dalam menyambut Maulidur Rasul, jangan lupa banyakkan berselawat kepada baginda serta betapa kasih dan sayangnya baginda kepada kita. Jangan sekadar berarak di jalanan dan susur-susur kampung, tapi hayatilah dan amalkanlah sunnah Baginda secara istiqamah. Itu lebih penting!

Ups! Terlupa pula. Di Fb, sekarang harga kangkung yang turun menjadi trend dalam laman sesawang sosial sekarang ni. Terima kasih Najib. Kangkung turun harga sangatlah menggembirakan rakyat jika nak dibandingkan dengan harga petrol, elektrik dan perkhidmatan yang naik, penurunan harga kangkung memang berbaloi. HAHA!!!

Ha! Fokus kali ini tentang aktiviti apa yang ingin dilakukan pada waktu cuti. Ingin berehat sekejap dari sbarang gerak kerja persatuan dan akademik, aku dan rakan-rakan masih lagi buntu untuk memilihh tempat. Antara tempat-tempat yang aku ingin lawati ialah...jeng-jeng

TURKEY

Aku nak pi negara ini kerana pernah dianggap sekular.Jadi nak tahu juga apa makna sekular dalam turki. Dan kedua ialah faktor sejarah. Turki Uthmaniyah ialah kerajaan Islam yang terakhir yang berteraskan sistem khalifah di dunia. Tetapi masalah sekarang ni temapahan dah penuh dan tangah tunggu panggilan sekiranya ada kosong. Kawan aku Abdullah Mustafa sempat menempah untuk ke Turki. Huhu...melepas ke idak, entahlarr





HURGHADA


Tempat ni best sebab boleh diving dan kawasan pantai dia sangat indah. Tak pasti ada faktor sejarah ke tidak. Antara tempat menarik ialah Soma Bay, Sharm El Naga Ville, dan Makadi Bay. Huhu


BAHARIYA OASIS
Kawasan ini berada di pendalaman Mesir dan tengah-tengah padang pasir di barat Kaherah. Agak jauh juga. Tapi menariknya oasisnya, sangat indah dan menarik akalu pi dengan ejen siap ada 'camp fire' lagi dan tidur di tengah padang pasir. Uhmm.


NILE CRUISE
Ni antara termahal 1400 LE.
 hehe
Naik kapal sepanjang sungai nil dan akan turun di tiga tempat iaitu Luxor, Aswan dan Hurghada. Huhu.

Aswan


File:Ramesseum 07.JPG
Luxor




Anda ada pendapat lain?