Rabu, 14 November 2012

Maksiat dalam Terang

Assalamualaikum
.
.
.
.
.
.
TestX2, cubaan suara....satu, dua, tiga...
.
.
Ha...tara..Dah lama tak up-to-date bolg nyeh..yelarrr walaupun penulis tahu memang takkan ada orang nak baca blog nyeh tapi biarlah ...mungkin lama2 nanty blog aq ahlinya akan jadi seramai blog sesedap oren ka...sapa tau huhu..(nak tulis blog pun jarang2 teruk..adoiii)
>.<
Btw..hari nyeh penulis tertarik nak nukilkan sesuatu...well, i,m not good in writing....hatta BM penulis A+ pun, it' doesn,t mean that I terer dalam membloging ni....*tengok kat sini pun dah tau betapa banyak kesalahan tatabahasa...
>.<
Ok! Lupakan segala kata2 'Muhasabah' tu...kemabli kepada fokus utama...
MAKSIAT DALAM TERANG
.
.
.
Mesti suspen tak tajuk nyeh..Mungkin kalau anda baca sekali lalu mungkin anda menyatakan adakah penulis ingin bercerita mengenai spesies maksiat di bawah sinaran mentari ataupun di bawah lampu minyak tanah..tak pun bermadu maksiat dengan saksi keliling...tak pun maksiat yang kena lampu suluh JAIS ka, so maksiat tu tiba2 jadi terang...Of course not guys! Cuba baca dan hayati hadis di bawah nyeh.
.
.
.
" Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
[riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990)]


Mesti anda merupakan para pelayar laman sesawang sosial seperti Facebo0k,Twitter,Myspace dan lain2, tambah2 anda yang muda2 pula. Mungkin anda pernah terbaca ungkapan2 romantis seperti 
'awak cute lar hari nyeh','mana ada awak cuter lagi', 'mane ade you are the cutest one', 
tak pun...,
'hari ni saya dating ngan gegirl saya, so sweet...',
 "ser0nok bermanja,beramah mesra ngan awak kat mall tadi', 'bila kita nak jumpa awak lagi, 
saya sayangkan awak sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ke pintu SYURAGA!! I Lup You...MUah2"
Yang gegirl pun balas lah...."Awak nyeh gatal lar sayang...suka buat kite macam nyeh tau"
.
.
.
Sedar ataupun tidak sedar, menulis di wall fb ataupun twitter dengan ungkapan macam tu sudah mendedahkan aib kita. Ya! Mungkin anda kata anda sudah memiliki cinta tulus dan suci.. tapi cinta tulis dan suci itu hanya kepada yang hakiki iaitu Allah..benarkah cinta,sayang,suka,lara,manja anda itu dari pandangan cinta ataupun dari pandangan nafus Ammarah anda...
Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya. 
Kemudian agak menyedihkan ada juga dalam kalangan kita yang meletak gambar berpasangan di FB, sambil berpeluk..malah ada dalam kalangan sahabat2 fb penulis yang menangkap gambar transformation dari pakai tudung labih elok kepada pendedahan sehelai demi sehelai rambut kepada lelakinya..Ini bukti perkara terang-terangan seperti yang dinyakan dalam hadis.Ingat jujungan besar kita Nabi Muhammad S.AW dah beri amaran kita dari dulu lagi dulu lagi melalui hadis baginda. Malah dalam Al-Quran sendiri menyatakan 'Janganlah kamu menghampiri zina'...Tapi tetap tidak diendahkan.
Menulis ungkapan2 sebigitu seolah2 kita gembira dalam golongan tersebut. Kita seolah2 betuhankan Nafsu!! Nauzubillahi min zallik. Minta2 di jauhi dengan perkara sebegitu!!

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)

Sudahlah kena tipu dengan godaan hawa nafsu, kemudian menghebahkannya pula kepada khalayak ramai...Tak menunjukkan anda berbangga dengannye lagi ka?
Sebelum nyeh kita ada menyaksikan Nabi dihina dan dicaci oleh meraka yang kufar dengan menayangkan video, melukis potret yang membawa kepada kemarahan kepada umat Islam. Tapi adakah baginda akan bersedih dengan kata2 cacian dan makian tersebut? Penulis rasa baginda akan rasa lebih sedih dengan kemungkaran yang dilakukan oleh ummatnya sendiri. Kita kalut memarahi mereka yang sudah sedia maklum kita tahu membenci junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, tapi kita masih tidak kisah dengan melakukan kemungkaran apatah lagi dalam TERANG. Ya! Wajib untuk kita mempertahankan junjungan kita dan wajib untuk kita menjadi manusia yang memanusiakan orang lain berlandaskanapa yang digaris oleh agama.
.
.
Jangan takut kalau ada dalam kalangan kita yang kita bagi nasihat kata
'Ek eleh...tengok diri sendiri dulularrr ada hati nak jaga tepi kain orang, diri sendiri pun tak terurus'
Ingat kalam2 taujihad Imam Hassan Al-Banna
"Kalau semua orang di muka bumi ini tidak mahu menyebarkan kebaikan kerana merasakan dirinya tak sempurna maka tiada pendakwahlah di dunia ini."
.
.
*hmm...lebih kurang macamtularr ayatnye'
Jadi, mari kita buat turning point sikit...well penulis pun celup2 dari blog orang lain....tapi kalau apa salahnya kita sebarkan sedikit apa yang kita tahu ni...Semoga yang sedikit ni memberi kesan yang banyak..Tak gitu? huhu....Btw,
.
.
SELAMAT MAAL HIJRAH and HAPPY NEW YEAR!!!
.
.
.
Semoga hidup kita dipermudahkan Tuhan pada masa akan mendatang dan terus mekar mewangi di akhirat kelak


Khamis, 5 Julai 2012

Bumi Rohingya meraung lagi...

Assalamualaikum w.b.t
.
.
.
.
.
.
Dah lama tak update bl0g nyeh...
ada banyak bnda yg nak tulis tapi tak kesampaian (tak tau nak keluarkan idea mcm mana) ~~well,i'm not great playing words like others.... huhuhu

Tapi hari ini,Alhamdullillah ... penulis terdetik sedikit untuk bercerita tentang satu isu, yg penting terutamanya dalam kalangan umat Islam, isu ummat Islam di Rohingya selain daripada Palestin dan Syria, sebenarnya dah lama, tapi tahun ni isu tu kembali terngiang2 dalam kalangan kita pabila sedare kita kat sana kena belasah lg ngan Junta Myammar. 

Sedang kita sibuk makan aiskrim, berchatting, bergaduh pasal teman wanita dan sebagainya, ada saudara kita di negara lain yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita. Innalillah, ramai antara umat Islam di Myanmar di bunuh oleh pihak di Myanmar. Umat Islam terutamanya di Rohingya dilayani macam sampah yang tidak berguna.

Admin pun xtahu nak buat apa ni selain berdoa kepada Allah semoga umat Islam di sana dibebaskan daripada puak-puak zalim dan dikembalikan hak mereka. Lagipun, admin baru beberapa hari tahu tentang hal ini tetapi tidak mendapat info yang selanjutnya.

Jadi, sebagai umat islam yang bersaudara antara sesama Islam yang lain, memang wajiblah kita memberikan sokongan kepada mereka supaya terus tabah menghadapi setiap yang didatangkan kepada mereka. Semoga nasib mereka dibela oleh dunia umumnya. Sokongan; dalam bentuk doa, bantuan kewangan, desakan kepada pihak berwajib supaya memberikan perhatian, menghantar pertubuhan kemanusian ke sana untuk membantu apa-apa yang patut, pelbagai cara lain boleh dilakukan. 

Alahurobbi...

Mari kita ikuti apa yang berlaku di Rohingya, Myanmar.

::Asal usul umat islam Rohingya.::

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah penderitaan yang mereka alami sebenarnya?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka ialah :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayah Arakan.

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran. 

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan.

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.

Allahuakbar!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita pun tidak tahu, apa masalah kerajaan Myanmar sehingga sanggup memperlakukan sebahagian rakyatnya sendiri, tetapi oleh kerana mereka yang dianiayai ini adalah saudara seislam kita, maka haruslah kita ambil tahu sedikit sebanyak sekurang-kurangnya apa yang berlaku kepada mereka....


Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”

(Hadith riwayat Muslim)


Photo: Assalamualaikum..

Sedang kita sibuk makan aiskrim, berchatting, bergaduh pasal teman wanita dan sebagainya, ada saudara kita di negara lain yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita. Innalillah, ramai antara umat Islam di Myanmar di bunuh oleh pihak di Myanmar. Umat Islam terutamanya di Rohingya dilayani macam sampah yang tidak berguna.

Admin pun xtahu nak buat apa ni selain berdoa kepada Allah semoga umat Islam di sana dibebaskan daripada puak-puak zalim dan dikembalikan hak mereka. Lagipun, admin baru beberapa hari tahu tentang hal ini tetapi tidak mendapat info yang selanjutnya.

Jadi, sebagai umat islam yang bersaudara antara sesama Islam yang lain, memang wajiblah kita memberikan sokongan kepada mereka supaya terus tabah menghadapi setiap yang didatangkan kepada mereka. Semoga nasib mereka dibela oleh dunia umumnya. Sokongan; dalam bentuk doa, bantuan kewangan, desakan kepada pihak berwajib supaya memberikan perhatian, menghantar pertubuhan kemanusian ke sana untuk membantu apa-apa yang patut, pelbagai cara lain boleh dilakukan. 

Alahurobbi...

Mari kita ikuti apa yang berlaku di Rohingya, Myanmar.

::Asal usul umat islam Rohingya.::

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah penderitaan yang mereka alami sebenarnya?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka ialah :

a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayah Arakan.

c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran. 

e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan.

f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.

Allahuakbar!

Kita pun tidak tahu, apa masalah kerajaan Myanmar sehingga sanggup memperlakukan sebahagian rakyatnya sendiri, tetapi oleh kerana mereka yang dianiayai ini adalah saudara seislam kita, maka haruslah kita ambil tahu sedikit sebanyak sekurang-kurangnya apa yang berlaku kepada mereka. Seperti disebutkan di dalam sebuah hadith:

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”

(Hadith riwayat Muslim)

Wallahualam.


Sumber lanjut boleh rujuk disini: http://zainurrashid.com/ummah-yang-dilupakan/

Sebar-sebarkan.
Jazakallah/jazakillah...






video End to Rohingya plight draws closer

Rabu, 6 Jun 2012

Persediaan menghadapi temuduga :) -Tak0wT nyer...-



ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ


Image Detail       
gembiranya panel tu... x berenti gelak  

Image Detail     
 Sorry...awak x layak..pi2 ja panel kata mcm ni


hmmmm.....
ntahlar nak tulis apa
sebenarnya tgh bosan tahap ni!!
-_-
.
.
agak nak tulis apa?
.
.
.
.
pasal tips inteview?
BETUL!!!
 (dah tgk tajuk entry bolehlar dapat betul...)
lpas tu tetiba jer dapat ilham nak tulis tips temuduga untuk mereka yg akn senasib ngan saya..
By the way, teringat pula bebudak f4 ngan f5 I-kups yg akan melalui m0ck intebiu
hehehe, maybe i'll be the one of the panel
just wait for the moment
(krik..krik...)
0k! lupakan perkara 'lagha' di atas
o.O
Sebenarnya penulis kan dah janji yang penulis nak k0ngsi tips dgn korang, memandangkan ada beberapa juni0r yang tanya tips interview... jadi k0rang bolehlar tgk2kan mana tips yang korang rasa sesuai    (walaup0wn aq rasa memang sesuai p0wn) 
h0pefully korang boleh gunakannya untuk menghadapi mock inteview yang akan datang
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi apabila anda semua sudah siap mengisi borang, lepas tu hantar....tunggu dua tiga minggu  >>>>>>  pejam celik pejam celik  >>>>>>>  AKHIRNYA!!! anda dapat tawaran untuk menghadiri temuduga ..... hmmm, pasti anda berasa gembira berbaur bimbang. Yelar, gembira tentular sebab teruja dapat temuduga (ingat bersyukurlah dapat temuduga bukan senang nak dapat tau), bimbang pasal memikir persediaan sebelum ,semasa dan selepas temuduga. Bimbang juga adakah panel temuduga tu gembira bertemu kita seperti dalam gambar 1 tu...tak pu masuk jerr bilik temuduga terus panel tu kata mcm gambar yg kedua tu. Tapi takkan panel tu nak buat mcm tu kan. Tapi boleh juga jadi seperti gambar kedua seandainya kita benar2 tidak bersedia dan tidak mengikut protokol yang ditentukan oleh pihak temuduga.

FAHAM KEPENTINGAN TEMUDUGA

  1. Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.
  2. Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil ‘panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga., bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya. Bagaimana ia dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki.
SEBELUM HARI TEMUDUGA

  1. Pastikan anda mempunyai baju yang bersesuaian dengan tajaan temuduga itu. Kalau tiada pergilah beli. Apa yang anda faham mengenai baju yang bersesuaian? Baiklah, begini penulis terangkan. Sebagai contoh,anda mendapat tajaan dalam bidang bisnes ataupun keusahawanan, anda digalakkan memakai baju yang tidak terlalu lembut dan tonanya tidak terlalu gelap, sebaliknya lebih terang seperti biru tua ataupun pink(juz girl) tapi merah tidak digalakkan sebab maybe akan nampak macam nak menonjol sangat. Kalau untuk medik digalakkan warna2 yang cerah seperti putih,biru muda ataupun warna2 yang kelihatan aman dipandang. Secara asasnya utk lelaki perlu pakai baju kemeja berlengan panjang tanpa sebarang corak hatta ada garisan putus2 di baju. Bagi perempuan digalakkan memakai baju kurung dan tudung jgn terlalu belit mcm tudung YUNA ataupun BIENDA (x sesuai utk interview)
  2.  Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:
  • Kaunselor.
  • Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.
  • Buku-buku ‘Occupational Outlook Handbook’ dan ‘Dictionary of Occupational Tittles’ yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.
  • Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di Perpustakaan 
  • Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.
  • Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.
  • Senang cari jer kat internet..berlonggok k0t.

3.Pastikan anda membuat resume dalam BI.Then, siapkan segala sijil-sijil yang diperlukan semasa hari temuduga. Berikut  cara nak susun sijil2 anda. Pastikan sijil anda ikut aturan tau.
  • First resume. Tanya cikgu kounselor korang dulu tentang formatnya
  • Sijil SPM diikuti PMR dan UPSR
  • Sijil Kokurikulum.Ikut pencapaian yang tertinggi dan terkini. Letak sijil kokurikulum yang telah ditulis dalam resume.
4. Kenalpasti lokasi. (pandai2 lar korang fikir).Pastikan and benar2 tahu masa dan loaksinya. Kalau x pasti, pastikan dengan pihak pengurusan.

5. Banyakkan berdoa dan buatlah solat hajat agar dipermudahkan segala urusan kita pada hari kejadian. Minta doa daripada ibu dan ayah sekali.


SEMASA HARI TEMUDUGA

  1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
  2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar. KASUT KULIT HITAM BERSAMA STOKING HITAM!!!
  3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
  4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat. [Penulis dah pernah kena tegur sewaktu temuduga YTN...huk.huk :'( ..]
  6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk.Beri salam dan masuk dengan penuh senyuman. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.
SEWAKTU TEMUDUGA

  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan melainkan panel itu kelihatan bersahaja ataupun dihulurkan tgn mereka untuk berjabat salam
  3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
  6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
  7. Sentiasa senyum!!! (tips sungguh berguna tau tak!!)
  8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
  10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
  11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula.
  12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
  13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
  14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka. Pastikan setiap ponit itu kita tahu dan bukannya direka2. Kalau tak nahas anda apabila diaju kembali soalan tersebut
  15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
  16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab  yang munasabah.
  17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan. Cara menjawabnya begini : ' i'm sorry Sir , that information is not in my mind right now. But, however i'll do a research after this to know about tha deeply'....lebih kurang macam tu la.
  18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
  19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
  20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
  21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selain dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  22. Jangan bersifat angkuh. Tapi sentiasalah senyum dan merendah diri.
  23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris. Kalau Bahasa Arab jawab pun dalam Bahasa Arab
  24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda peka atau tidak.
  25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  26.  Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan sepuas-puasnya.Kalau boleh sedia siap2 soalan-soalan yang hendak ditanya.
  27. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu. Jangan lupa berjabat tangan dengan mereka.
(Bahagian ni tulisannya nampak lain supaya mudah anda baca dan ambil perhatian kerana berbeda dari yg lain)


SELEPAS TEMUDUGA

Takkan tak tahu nak buat apa kot. Time ni anda banyakkan berdoa. Buat solat hajat. Dan kalau boleh sebarkanlah pengalaman anda dengan mereka yang bakal senasib dengan anda. Jangan takut dengan ugutan panel....hehehehe ...remember!!! SHARING IS CARING

Image Detail


Insya-Allah untuk pautan seterusnya Penulis akan kongsikan pula pengalaman penulis sewaktu educamp Yayasan Tenaga Nasional,temeduga YTN,Yayasan Zakat Kedah, Majlis Amanah Rakyat(MARA)..utk TM penulis tak sempat hadir sebab sibuk sangat...hehehehehe..By the way tarikhnya bertindan dengan hari guru...16 mei!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
entry ni agak meb0sankan sebab banyak sangat membebel pasal
tips
fuh!!!

























Khamis, 31 Mei 2012

Bingkisan buat sahabat2ku....K.A.W.A.N....selamanya

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Inginku sentuh hatimu,
Dengan bait rindu,
Dibayangi kasih berpadu,
Inginku capai tangan mu,
Menggengam persahabatan,
Menggapai kebahagiaan.

Tiba-tiba,
penghalang tanpa temb0k menjelma,
Aku tersekat..tersepit memilih jalan,
Timur atau barat,
Perhubungan atau persahabatan.

Hati mer0nta dalam diam
Akur demi masa hadapan,
Hakikat setiap pertemuan ada perpisahan,
Namun
Tetap menyimpan harapan,
Dirimu dan diriku bersua berdakapan,
Pasti tatkala itu,
Keadaannya tuntas berbeda,
Kau berjaya dengan caramu,
Ku berjaya dengan caraku,

Duhai sahabat,
Biar aku sepi,
Tak bererti aku lupa,
Biar aku menjauh,
tak bermakna kau bersalah,
KIta tetap bersama
Walau tak bersua.

Bagaimana harus ku jelaskan,
Delima yang mengcengkam
Tak terbayar harga silaturrahim ini,
Enggan ku biar terputus.

Aku menyendiri
Merasai kepedihan hati
Menahan keperitan Menelan kepahitan
Ku hambur tangisan bersaksikan Tuhan.

Aku sendiri memujuk diri
Cuba memahami jalan yang ku pilih
Buatmu,
ku titipkan d0a,

"Ya, Allah Ya Rabbi, dia sahabatku. Rahmatilah dia dengan keredhaan-Mu.Ringankanlah kesusahannya seperti mana dia pernah meringankan kesusahanku.Lindungilah Aibnya sepertimana dia melindungi aibku.Sesungguhnya kasih antara kami adalah anugerah indah daripada-Mu
Amin"


 gambar dengan kawan2 Dua Ikhlas
rakan2 PRS

               
          
         lepas graduasi                                   waktu HKSB 2010                teman yang sanggup sedenda sekali

waktu f0rm 0ne dulu

teman sebahas dan serumah; 07~11

Extessosian :: 07~11 bersama warga pendidik I-kup's...Terima Kasih cikgu!!!

kanak2 ribena...ewww!!!??!

Rabu, 30 Mei 2012

Ranah kehidupan selepas kepuTW0san SPM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Peace up0n t0 all 0f you

Hmmm......
dah lama penulis tak nukil di laman bl0g ni.|
                                                              Yup  
                                                                    Sangat sibuk
                                                                                       ............especially after the result 0f SPM

Result penulis taklah segagah dua 0rang sahabat penulis ni iaitu saudara Abdul Rahman <kini di Darul Quran> dan saudari Fatin Nazira < akan melanjutkan pelajaran di Kanada tajaan penuh PETR0NaS>
   tapi
AlHAMduLILLAH
:) ..... ><
Penulis bersyukur sangat atas nikmat kurniaan ini. Banyak tawaran temuduga yang penulis dapat. Apabila peluang itu hadir,kita kena ambil peluang itu sebab kita tak tahu rezeki kita macam mana. S0,apa sahaja peluang yang ada kita kena hargai dan berusaha untuk memenangi peluang tu. Sebab peluang mungkin hadir sekali jer.
  s0, penulis nak kongsikan sedikit apa yang patut k0rang buat after result SPM. Maybe your teacher before this has been explained it,but well as a oridinary human, we are always become forgetful person. s0,lets we're remembering each 0ther. An0ther reas0n why iWould like to share it as explanation by your techer is based on the0ry compare what I will story to all of you is based my own exprience.And of course,it is a true story<<<bajetmcmakutererBIsgt>>>

TELITI KEKUATAN DAN KEUPAYAAN KEPUTUSAN ANDA

macam ni kah keputusan korang? Hebat!!!,ana pun xleh dapat

tak pun macam ni? eewww?? awatlar yang tak mai cek oii...ishX3

Teliti keputusan anda sebaik-baiknya, dan pilih bidang bukan berdasarkan minat tapi kekuatan subjek
Contoh cukup mudah, kalau anda semua subjek sains anda C @ D,saya galakkan waktu mengisi borang terutamanya jangan memilh yang memerlukan subjek sains.Kalau dapat B+ boleh tahan lagi. Kalau anda nak mengisi borang biasiswa yang ada medik, subjek sains kena A lah. Kalau anda A- dalam ilmu hisab,anda boleh memilih akaun,takpun ekonomi. Tapi subjek agama,syariah,PQS...anda bagus berbanding subjek lain, sebaiknya anda kena menjadi ustaz lah. Lebih bagus apa yang anda minat sesuai dengan kekuatan keputusan anda. Namun, kalau dah straight A,anda tak perlulah pening sgt dengan kekuatan result anda.

ISI SEMUA BORANG BIASISWA,TAWARAN UPU,MATRIK, DAN SEBAGAINYA

Sebagai manusia kita tak tahu rezeki masa depan kita macam mana. Jadi,by h0ok or by cr0ok,anda kena isi semua borang yang sesuai dengan minat anda tanpa mengira minat. Contoh, anda minat medik tapi biasiswa itu tiada tajaan medik maka anda pun tidak mengisinya sebab biasiswa itu hanya taja akaun dan kejuteraan sahaja. Pemahaman ini yang selalu berlaku dalam kalangan kawan2 saya. Kita kena isi semua biasiswa selagi ianya boleh diisi. Waktu isi ini jangan fikirkan pasal minat lagi. Isi sahaja apa yang anda minati dan tak minati.  Tapi kalau macam matrik pilih mengikut minat dan kekuatan anda. Sebab UPU dan Matrik adalah pilihan akhir kalau tak dapa biasiswa lain2 seperti MARA,JPA,PETRONAS,YAYASAN TNB,TELEKOM,SURUHANJAYA COMISSION,FELDA,ZAKAT KEDAH dan sebagainya.Jangan terlalu memilih waktu pengisian borang.Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berkeciciran. Oleh itu,sentiasalah berfikiran jauh dan jangan terlalu memilih seolah-olah macam sure je dapat benda tu. Pengisian b0rang ini selalunya dalam masa minggu pertama selepas keputusan SPM keluar. s0,selalu lah buka laman sesawang yang berkenaan untuk mengetahui tentang berita semasa diaorang.

  
senarai biasiswa di Malaysia

TUNGGU TAWARAN TEMUDUGA

Selepas isi, tunggulah tawaran. Berdoalah, semoga apa yang dipinta tu dapat. AMIN!!!

DAPAT,TELITI DAN HADIRI TEMUDUGA

Dalam kes ini kita kena bahagi kan kepada dua pemahaman
  1.  Dapat apa yang kita tak nak actually
  • Dalam kes ini, kalau tawaran temuduga yang pertama yang korang  dapat tu adalah yang tak diminati, aku galakkan pi juga sebab kita boleh jadikan ia sebagai pengalaman untuk menghadiri temuduga yang 'mungkin' kita akan dapat. Tapi itu bukan lah bererti kena buat macam melepaskan batuk di tepi tangga. By the way, jangan lar bajet macam k0rang dah boleh dapat intebiu yang lain. Kalau dapat educamp macam PETRONAS ataupun YAYASAN TENAGA NASIONAL,pi juga. 
      2.  Dapat apa yang kita nak
  • So, dah dapat apa yang korang dapatkan,tunggu apa lagi pi lar...tapi apa yang korang kena lakukan untk make sure intebiu korang jalan lancar? yang tu penulis akan ceritakan dalam nukilan yang seterusnya berdasarkan pengalman penulis.
SELEPAS TEMUDUGA

Tunggulah keputusan dan apabila dapat keputusan korang fikir dahulu sebelum menerimanya. Kalau dapat apa yang kita nak,Alhamdullilah. Tapi kalau korang dapat apa kita tak nak tu dulu, korang jgn tolaknya terlebih dahulu tapi tunggu dahulu tawaran yang kita nak dulu dan jadikan tawaran yang kita tak nak tu sebagai alternatif yang terakhir dalam membuat pilhan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Apa2pun korang berdoalah. Doa yang kita pinta itu perlu seiring dengan usaha tapi ingatlah doa itu akan dilakukan oleh Allah melalui 3 cara...
pertama : dimakbulkan Allah dengan segera
Kedua : dimakbulkan Allah dengan lambat atau ditangguhkan doanya terlebih dahulu sebab 
Allah nak tgk kita usaha lebih lagi
Ketiga : Tak dimakbulakn.Tapi tak bererti Allah tak sayangkan kita. Ini bermaksud Allah nak gantikan kita
dengan perkara yang lebih best daripada apa yang kita pinta
See sweetnyer Allah dengan kita

tulah kena tegok citer ni setiap hari khamis,9.00 malam


.
.
.
.
.
.
WALLAHUA'LAM


Isnin, 12 Mac 2012

Law Kaana Bainana-maksud lirik

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


Image Detail




Ahad, 11 Mac 2012

Perginya seorang pejuang

Sheikh Muhammad Al-Hamid mengulas Imam As-Syahid, ‘Sejak lama umat Islam tidak menjumpai orang seperti Hasan Al-Banna.’ Syekh An-Nadawi juga turut menyatakan tentang diri Hasan Al-Banna,’ Dia adalah seseorang yang mengejutkan Mesir dan dunia Islam.’

Suatu saat terjadi kekacauan di Mesir dan pemerintah tidak mampu mengatasinya. Pemerintah terus menuduh Ikhwanul Muslimin yang ada di balik kekacauan tersebut. Dengan alasan ini, pemerintah Mesir menutup pejabat Ikhwanul Muslimin dan banyak anggotanya yang dipenjara serta organisasi mereka juga dibubarkan.

Sementara pengasas Ikhwanul Muslimin, terbunuh sebagai syahid pada tahun 1948 di penempatan Ramsis. Di suatu malam, ada tiga orang yang menembakkan senjatanya ke arah Hasan Al-Banna dan mereka terus melarikan diri. Oleh banyak kalangan, para penembak misteri ini diyakini sebagai penembak 'titipan' pemerintah. Dua dari mereka adalah seorang pengintip dan satunya lagi adalah Muhammad Abdul Majid yang bekerja sebagai ketua Keamanan Negara Mesir ketika itu.

Hasan Al-Banna kemudian dilarikan ke rumah sakit. Oleh kerana adanya ancaman yang keras dari pemerintah, orang-orang tidak ada yang berani mendekati dan membalut lukanya. Akibatnya, dua jam setelah penembakan terhadap dirinya, Hasan Al-Banna meninggal dunia tanpa ada yang memberinya pertolongan. Dia hanya disembahyangi oleh ayah dan keempat saudara perempuannya.

Sebelumnya, pemerintah memadamkan listrik terlebih dahulu di kampungnya. Pemerintah bersedia menyerahkan jenazah kepada keluarganya, dengan syarat mereka tidak akan mengumumkan berita duka. Jenazah kemudian dibawa oleh ayah dan saudara-saudaranya. Proses pemakaman jenazah dilakukan dalam suasana yang sangat mencengkam dan dengan di kelilingi oleh kereta kebal. Kuburnya dijaga ketat oleh tentera agar para pengikut Hasan Al-Banna tidak memindahkan jenazahnya.

Kematian Hasan Al-Banna pun menjadi duka berpanjangan bagi umat Islam. Dia mewariskan sejumlah bahan penulisan seperti Mudzakkirat Ad-Du'at wa Ad-Da'iyyah (Catatan Harian Dakwah dan Da'i) serta Ar-Rasail (Kumpulan Surat-surat). Selain itu, Hasan Al-Banna mewariskan semangat dan teladan dakwah bagi seluruh aktivis dakwah saat ini.




Syeikh Hassan al-Banna


Pada Mac 1928, Syeikh Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah. Ketika itu beliau berusia 23 tahun. Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, beliau melaksanakan matlamatnya dengan memberi kelas malam kepada keluarga anak muridnya. Beliau juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang pada masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan dan beliau mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama. Beliau sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan ekonomi di Isma'iliyya seperti kem ketenteraan British, kemudahan awam yang dimiliki oleh kepentingan luar dan tempat tinggal mewah milik pekerja syarikat Terusan Suez yang bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir. 
Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik. Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu, Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan.
Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah dibunuh kerana ditembak pada waktu tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.



Ahad, 26 Februari 2012

Peranan pemimpin dunia kearah keamanan sejagat (1)

         Esei yang dikarang waktu alam persekolahan sebelum SPM

               Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda dalam sebuah hadis mafhumnya,"setiap dari kalangan kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpni bertanggungjawab ke atas pimpinanya,". Kini kita dapat menyaksikan pergolakan dunia semakin kerap berlaku. Sifat-sifat pemimpin dunia seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan kesanggupan para pemimpin dunia menjadi duri dalam daging menyebabkan dunia dibelenggu kejahilan serta kefasikan. Benih kesengseraan ditaburkan, pesanan pemimpin uswatuh hasanah dianaktirikan dan amanah tuhan agar senatiasa menjadi khalifah yang mengakkan kebenaran diabaikan.Ketika Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berucap di persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), beliau menyatakan sudah tiba masanya para pemimpin dunia sedar daripada diulit mimpi dan kini para pemimpin dunia perlu melaksanakan mekanisme yang terbaik menyumbang kejayaan kepada dunia berpangkalkan usaha keras untuk mengekalkan keamanan sejagat. Persoalannya, bagaimankah pemimpin-pemimpin dunia mampu merobah dunia dengan mewujudkan keamanan sejagat secara total?

       Kini, kita dapat menyaksikan pertumpahan darah di seantero dunia semakin menjadi-jadi. Perkara ini seolah-olah menjadi asam garam pada sesetangah negara. Sehubungan dengan itu, para pemimpin dunia perlu mencari kata sepakat dalam sebuah persidangan yang dilakukan oleh pelbagai pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangs Bersatu, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Gerakan Kesederhanaan Global, Liga-liga Arab,Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC),ASEAN dan NATO.Sepanjang persidangan dijalankan para pemimpni dunia perlu menyuarakan pendapat masing-masing serta berfikir dalam usaha memakmurkan dunia yang kian tenat. Para pemipin dunia perlu merapatkan jurang perbezaan serta mencari titik persefahaman yang berupaya membawa dunia kearah lebih baik. Tamsilnya, Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah berjaya menghimpunkan seluruh ahlinya di ibu pejabat PBB, New York telah mencapai satu kata sepakat bahawa para pemimpin dunia akan berusaha memerangi keganasan dan mengurangkan ekstremis di negara berdaulat masing-masing. Selain itu, persidangan UNGA baru-baru ini yang bersidang untuk menyatakan persetujuan penubuhan negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan bebas dari cengkaman negara haram Israel sewajarnya dipuji. Susulan itu, angota-anggota Liga Arab penubuhan negara Palestin merupakan satu perkara yang wajib diakui oleh semua angota-angotanya. Kemuncak persidangan Gerakan Kesederhaan Global di Kuala Lumpur baru-baru ini menjadi saksi betapa para pemimpin dunia berusaha memerah keringat serta membanting tulang empat kerat untuk menolak fahaman dan pemikiran ekstremis serta pemerintahan yang bersifat kuku besi.

                 Sementelahan itu, para pemimpin dunia perlu memainkan peranan penting dengan menghantar bantuan kepada negara-negara bergolak seperti Timor Leste, Afghanistan, Somalia, Kashmir, dan Palestin. Antara bentuk bantuan yang boleh dihulurkan ialah bantuan kemanusian,bantuan ketenteraan,bantuan perubatan dan bantuan kewangan. Tamsilnya, tentera-tentera di bawah panji PBB telah bersatu untuk men jaga kawasan sempadan negara Islam,Lebanon dan negara haram,Israel. Antara negara-negara yang terlibat ialah Malaysia yang senantiasa berusaha memeberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Selain itu, bantuan ketenteraan oleh ahli-ahli PBB di Sudan untuk menamatkan perang saudara antara Sudan Utara dan Sudan Selatan,Bosnia Herzevogina,Kashmir,Somalia dan Timor Leste meupakan usaha para pemimpini dunia untuk memulihkan keamanan sejagat. Di samping itu, bantuan kemanusian perlu dilaksanakan oleh ketua- ketua kerajaan yang memerintah sebuah negara. Sebagai contoh, usaha Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah berjaya melaksanakan bantuan kemanusian di bawah Program Talian Hayat untuk Gaza yang terdiri daripada pelbagai negara. Kejadian pembunuhan sukarelawan Islam oleh Israel di atas kapal Mavi Marmara milik Republik Turki menunjukkan usaha untuk membantu Palestin bukanlah lagi satu perkara yang boleh dipandang enteng. Usaha untuk memberi bantuan kepada negara-negara bergolak tidak harus dilakukan secara sambil lewa seperti melepaskan batuk di tangga. Bantuan kemanusiaan oleh Malaysia kepada Somalia yang berada seperti telur di hujung tanduk wajar dicontohi. Susulan daripada itu,pengorbanan seorang rakyat Malaysia yang bersama-sama memberi bantuan kemanusiaan di Somalia perlu kita jadikan sebagai iktibar.

                                        Organisation of Islamic Conference

                                                                   
                   Sejauh manakah peranan pemimpin dunia dalam isu Palestin?

nantikan sambungannya..

Selasa, 21 Februari 2012

Sumayyah - wanita contoh sepanjang zaman

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

"Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami," kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

"Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita," kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

"Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka," tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

"Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu," Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

"Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami," balas Yasir dengan tenang.

"Saya beriman dengan Allah sahaja," kata Sumayyah pula.
"Berani kamu melawan kata-kata saya," api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

"Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu," Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

"Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini," sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

"Tiada tuhan melainkan Allah," kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.