Sabtu, 23 Mac 2013

Jangan mengalah kuatkan hati ! : Bingkisan untuk semua

Alhamdullilah, Syukur kepada-Nya atas nikmat kurniaan ni. Terlalu lemah diri ini untuk membalas segala kebaikan yang ada. Cuma sekadar mampu bertahmid memuji kebesaran Allah atas kekuatan yang diberikan ini. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang2 yang bersyukur
:
:
WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!
Minggu ini adalah minggu exam  dan pastinya dalam rencah kehidupan seorang mahasiswa tak terlepas dengan perkara ini. JANGAH MENGALAH KUATKAN HATI!! Ingatlah kepada-Nya. "Allahu yassir walla tooasir"
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Mesti sekarang ramia adik2 SPM yang sedang sibuk buka internet nak cari biasiswa. Ya, mungkin juga ada dalam kalangan kita sedang bergembira atas keputusan yang dimiliki dan tak kurang juga ada yang masih berduka atas dugaan yang menimpa. Ada juga yang menuntut janji daripada ibu ayah hadiah2 atas keputusan cemerlang, tak kurang juga dalam kalangan kita hampir saja2 pasrah @ redha dengan keputusan ini dan menerima seadanya.
Pasrah itu menyerah, Redha itu ikhlas, Ikhlas itu dilihat melakukan sesuatu untuk mendapat redha Allah bukannya benda lain.
Hakikat mudah cerita seorang petani yang diberitahu oleh maha guru saya,
Seorang petani dah tanam, siram, membaja, dijaga siang malam, tapi bila sampa musim menuai tiba2 hujan datang bah semuanya pokok rebah. Macam tu juga kita, kita sudah sedaya upaya untuk buat yang terbaik tapi keputusan kita tidak seperti diharapkan. Mungkin salah kita, kita tak pernah cuba
SEHABIS DAYA
Ya, sehabis daya sehingga tiada lagi upaya untuk melakukanyya. Mungkin juga kita selalu buang masa ataupun hubungan dengan guru2 kita tidak dijaga. Tapi ingatlah segala ada hikmahnya.Masanya untuk muhasabah. Kepada yang cemerlang jangan terlalu bangga dengan keputusan anda. Tak kemana pun keputusan itu dengan setakat bangga anda. Jadilah seperti resmi padi, semakin tinggi semakin tunduk.
Dalam kalangan anda selepas ini akan menuju ke alam mahasiswa yang menuntut anda untuk berdiri di atas kaki sendiri. Namun, ada juga dalam kalangan kita terpaksa mengambil jalan panjang dan berliku, tapi ketahuilah Allah sudah menetapkan yang terbaik untuk kita. Jalan kita semuanya adalah sama : Menuju kejayaan masing-masing dan mardhatillah. Cuma bezanya cabaran yang mendatang dari awal sehingga ke penghujungnya. Ingatlah Allah selalu, istiqamah dalam usaha, doa kerana doa itu bukti kebergantungan kita. JANGANLAH MENGALAH KUATKAN HATI!!!


Amin.