Assalamualaikum w.b.t
.
.
.
.
.
.
.
Dah lama tak update bl0g nyeh...
ada banyak bnda yg nak tulis tapi tak kesampaian (tak tau nak keluarkan idea mcm mana) ~~well,i'm not great playing words like others.... huhuhu
Tapi hari ini,Alhamdullillah ... penulis terdetik sedikit untuk bercerita tentang satu isu, yg penting terutamanya dalam kalangan umat Islam, isu ummat Islam di Rohingya selain daripada Palestin dan Syria, sebenarnya dah lama, tapi tahun ni isu tu kembali terngiang2 dalam kalangan kita pabila sedare kita kat sana kena belasah lg ngan Junta Myammar.

Sedang kita sibuk makan aiskrim, berchatting, bergaduh pasal teman wanita dan sebagainya, ada saudara kita di negara lain yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita. Innalillah, ramai antara umat Islam di Myanmar di bunuh oleh pihak di Myanmar. Umat Islam terutamanya di Rohingya dilayani macam sampah yang tidak berguna.
Admin pun xtahu nak buat apa ni selain berdoa kepada Allah semoga umat Islam di sana dibebaskan daripada puak-puak zalim dan dikembalikan hak mereka. Lagipun, admin baru beberapa hari tahu tentang hal ini tetapi tidak mendapat info yang selanjutnya.
Jadi, sebagai umat islam yang bersaudara antara sesama Islam yang lain, memang wajiblah kita memberikan sokongan kepada mereka supaya terus tabah menghadapi setiap yang didatangkan kepada mereka. Semoga nasib mereka dibela oleh dunia umumnya. Sokongan; dalam bentuk doa, bantuan kewangan, desakan kepada pihak berwajib supaya memberikan perhatian, menghantar pertubuhan kemanusian ke sana untuk membantu apa-apa yang patut, pelbagai cara lain boleh dilakukan.
Alahurobbi...
Mari kita ikuti apa yang berlaku di Rohingya, Myanmar.
::Asal usul umat islam Rohingya.::
Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.
Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.
Apakah penderitaan yang mereka alami sebenarnya?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka ialah :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayah Arakan.
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran.
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan.
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.

Allahuakbar!!!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita pun tidak tahu, apa masalah kerajaan Myanmar sehingga sanggup memperlakukan sebahagian rakyatnya sendiri, tetapi oleh kerana mereka yang dianiayai ini adalah saudara seislam kita, maka haruslah kita ambil tahu sedikit sebanyak sekurang-kurangnya apa yang berlaku kepada mereka....
Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
(Hadith riwayat Muslim)