Rabu, 6 Jun 2012

Persediaan menghadapi temuduga :) -Tak0wT nyer...-



ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ


Image Detail       
gembiranya panel tu... x berenti gelak  

Image Detail     
 Sorry...awak x layak..pi2 ja panel kata mcm ni


hmmmm.....
ntahlar nak tulis apa
sebenarnya tgh bosan tahap ni!!
-_-
.
.
agak nak tulis apa?
.
.
.
.
pasal tips inteview?
BETUL!!!
 (dah tgk tajuk entry bolehlar dapat betul...)
lpas tu tetiba jer dapat ilham nak tulis tips temuduga untuk mereka yg akn senasib ngan saya..
By the way, teringat pula bebudak f4 ngan f5 I-kups yg akan melalui m0ck intebiu
hehehe, maybe i'll be the one of the panel
just wait for the moment
(krik..krik...)
0k! lupakan perkara 'lagha' di atas
o.O
Sebenarnya penulis kan dah janji yang penulis nak k0ngsi tips dgn korang, memandangkan ada beberapa juni0r yang tanya tips interview... jadi k0rang bolehlar tgk2kan mana tips yang korang rasa sesuai    (walaup0wn aq rasa memang sesuai p0wn) 
h0pefully korang boleh gunakannya untuk menghadapi mock inteview yang akan datang
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi apabila anda semua sudah siap mengisi borang, lepas tu hantar....tunggu dua tiga minggu  >>>>>>  pejam celik pejam celik  >>>>>>>  AKHIRNYA!!! anda dapat tawaran untuk menghadiri temuduga ..... hmmm, pasti anda berasa gembira berbaur bimbang. Yelar, gembira tentular sebab teruja dapat temuduga (ingat bersyukurlah dapat temuduga bukan senang nak dapat tau), bimbang pasal memikir persediaan sebelum ,semasa dan selepas temuduga. Bimbang juga adakah panel temuduga tu gembira bertemu kita seperti dalam gambar 1 tu...tak pu masuk jerr bilik temuduga terus panel tu kata mcm gambar yg kedua tu. Tapi takkan panel tu nak buat mcm tu kan. Tapi boleh juga jadi seperti gambar kedua seandainya kita benar2 tidak bersedia dan tidak mengikut protokol yang ditentukan oleh pihak temuduga.

FAHAM KEPENTINGAN TEMUDUGA

  1. Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.
  2. Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil ‘panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga., bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya. Bagaimana ia dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki.
SEBELUM HARI TEMUDUGA

  1. Pastikan anda mempunyai baju yang bersesuaian dengan tajaan temuduga itu. Kalau tiada pergilah beli. Apa yang anda faham mengenai baju yang bersesuaian? Baiklah, begini penulis terangkan. Sebagai contoh,anda mendapat tajaan dalam bidang bisnes ataupun keusahawanan, anda digalakkan memakai baju yang tidak terlalu lembut dan tonanya tidak terlalu gelap, sebaliknya lebih terang seperti biru tua ataupun pink(juz girl) tapi merah tidak digalakkan sebab maybe akan nampak macam nak menonjol sangat. Kalau untuk medik digalakkan warna2 yang cerah seperti putih,biru muda ataupun warna2 yang kelihatan aman dipandang. Secara asasnya utk lelaki perlu pakai baju kemeja berlengan panjang tanpa sebarang corak hatta ada garisan putus2 di baju. Bagi perempuan digalakkan memakai baju kurung dan tudung jgn terlalu belit mcm tudung YUNA ataupun BIENDA (x sesuai utk interview)
  2.  Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:
  • Kaunselor.
  • Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.
  • Buku-buku ‘Occupational Outlook Handbook’ dan ‘Dictionary of Occupational Tittles’ yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.
  • Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di Perpustakaan 
  • Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.
  • Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.
  • Senang cari jer kat internet..berlonggok k0t.

3.Pastikan anda membuat resume dalam BI.Then, siapkan segala sijil-sijil yang diperlukan semasa hari temuduga. Berikut  cara nak susun sijil2 anda. Pastikan sijil anda ikut aturan tau.
  • First resume. Tanya cikgu kounselor korang dulu tentang formatnya
  • Sijil SPM diikuti PMR dan UPSR
  • Sijil Kokurikulum.Ikut pencapaian yang tertinggi dan terkini. Letak sijil kokurikulum yang telah ditulis dalam resume.
4. Kenalpasti lokasi. (pandai2 lar korang fikir).Pastikan and benar2 tahu masa dan loaksinya. Kalau x pasti, pastikan dengan pihak pengurusan.

5. Banyakkan berdoa dan buatlah solat hajat agar dipermudahkan segala urusan kita pada hari kejadian. Minta doa daripada ibu dan ayah sekali.


SEMASA HARI TEMUDUGA

  1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
  2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar. KASUT KULIT HITAM BERSAMA STOKING HITAM!!!
  3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
  4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat. [Penulis dah pernah kena tegur sewaktu temuduga YTN...huk.huk :'( ..]
  6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk.Beri salam dan masuk dengan penuh senyuman. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.
SEWAKTU TEMUDUGA

  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan melainkan panel itu kelihatan bersahaja ataupun dihulurkan tgn mereka untuk berjabat salam
  3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
  6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
  7. Sentiasa senyum!!! (tips sungguh berguna tau tak!!)
  8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
  10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
  11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula.
  12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
  13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
  14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka. Pastikan setiap ponit itu kita tahu dan bukannya direka2. Kalau tak nahas anda apabila diaju kembali soalan tersebut
  15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
  16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab  yang munasabah.
  17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan. Cara menjawabnya begini : ' i'm sorry Sir , that information is not in my mind right now. But, however i'll do a research after this to know about tha deeply'....lebih kurang macam tu la.
  18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
  19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
  20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
  21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selain dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  22. Jangan bersifat angkuh. Tapi sentiasalah senyum dan merendah diri.
  23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris. Kalau Bahasa Arab jawab pun dalam Bahasa Arab
  24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda peka atau tidak.
  25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  26.  Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan sepuas-puasnya.Kalau boleh sedia siap2 soalan-soalan yang hendak ditanya.
  27. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu. Jangan lupa berjabat tangan dengan mereka.
(Bahagian ni tulisannya nampak lain supaya mudah anda baca dan ambil perhatian kerana berbeda dari yg lain)


SELEPAS TEMUDUGA

Takkan tak tahu nak buat apa kot. Time ni anda banyakkan berdoa. Buat solat hajat. Dan kalau boleh sebarkanlah pengalaman anda dengan mereka yang bakal senasib dengan anda. Jangan takut dengan ugutan panel....hehehehe ...remember!!! SHARING IS CARING

Image Detail


Insya-Allah untuk pautan seterusnya Penulis akan kongsikan pula pengalaman penulis sewaktu educamp Yayasan Tenaga Nasional,temeduga YTN,Yayasan Zakat Kedah, Majlis Amanah Rakyat(MARA)..utk TM penulis tak sempat hadir sebab sibuk sangat...hehehehehe..By the way tarikhnya bertindan dengan hari guru...16 mei!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
entry ni agak meb0sankan sebab banyak sangat membebel pasal
tips
fuh!!!